FUTSAL
SEJARAH
Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan,
yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan
kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain
simpanan.
Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak
tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola
sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya
berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol
de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan
penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola
sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa
permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola
yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik.
Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan
tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan
seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang
sama sekali. Di samping itu, ana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan
keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.
Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.
Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak
gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai
merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan
lelaki tetapi juga perempuan.
Naman FUTSAL berasal
daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón.
Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal
mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat
dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar
ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara
Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di
bawah Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh
dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia,
dan Oseania.
Pertandingan antarabangsa
pertama diadakan pada tahun 1965,Paraguay menjuarai
Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya
diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama
tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984.
Kejuaraan Dunia Futsal
pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung
dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan
Brazil di posisi pertama.Brazil mengulangi
kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita
kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.
Pertandingan futsal
antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri
Sonoma di Rohnert Park, California
CADANGAN LATIHAN KEMAHIRAN
1. Kemahiran Hantaran Tepat
2. Kemahiran Menggelecek
a.Menggelecek bola menggunakan sisi kaki kiri atau kanan melalui tiang-tiang
yang dipacak ke tanah.
b.Menggelecek bola menggunakan kawan yang beratur statik tetapi boleh
mengganggu gelecekan dari tempat di mana mereka berada sahaja.
3. Kemahiran Menjaring dan Mengawal Gawang Gol
a.Dengan jarak 10 kaki, seorang pemain berada di tengah bulatan sambil menghantar
bola bergilir-gilir secara statik dan kemudian diikuti dengan bergerak secara
bulatan kepada semua pemain. Hantaran mestilah “grounder” atau meleret.
1. Kemahiran Hantaran Tepat
2. Kemahiran Menggelecek
a.Menggelecek bola menggunakan sisi kaki kiri atau kanan melalui tiang-tiang
yang dipacak ke tanah.
b.Menggelecek bola menggunakan kawan yang beratur statik tetapi boleh
mengganggu gelecekan dari tempat di mana mereka berada sahaja.
3. Kemahiran Menjaring dan Mengawal Gawang Gol
a.Dengan jarak 10 kaki, seorang pemain berada di tengah bulatan sambil menghantar
bola bergilir-gilir secara statik dan kemudian diikuti dengan bergerak secara
bulatan kepada semua pemain. Hantaran mestilah “grounder” atau meleret.
JM: The best and the worst casino in the US - KTNH
ReplyDeleteBest and the worst casino in 태백 출장마사지 the US: JAM: The best and the worst casino in 진주 출장샵 the U.S.: JAM: 서울특별 출장마사지 The best and the worst casino in the United 순천 출장마사지 States: JAM: The best 진주 출장샵 and the worst